Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar. foto HAZROL ZAINAL, 27 JULAI 2017.

KOTA KINABALU – Peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Dr Edwin Bosi sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah sekali gus mengumumkan keluar daripada parti itu menunjukkan petanda bahawa pemimpin bumiputera sangat tidak sesuai dengan DAP, kata Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum).

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 2013 telah memperlihatkan hampir kesemua calon bumiputera DAP kalah teruk dalam pertandingan merebut jawatan kuasa tertinggi parti itu.

“… melainkan Zairil Khir Johari yang mendapat undi 1,132 dan menduduki tempat ke-12 daripada 20 kerusi dipertandingkan. Difahamkan, Bosi turut kalah dalam pertandingan CEC DAP tetapi dilantik semula ke jawatan kuasa tertinggi DAP bagi kuota bumiputera,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Bosi mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi DAP negeri kerana wujud perbezaan antara beliau dengan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong.

Surat peletakan jawatan Dr Bosi diserahkan kepada setiausaha DAP Sabah pada 24 Ogos lalu.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast