Home Nasional 443,794 calon ambil UPSR pada Isnin ini

443,794 calon ambil UPSR pada Isnin ini

Calon-calon UPSR tekun menjawab soalan peperiksaan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 443,794 calon akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 pada 11 hingga 18 September ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Manakala sebanyak 10,258 adalah calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara, melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu tersebut boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.oe.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast