Allahyarham Pak Jabit

KUALA LUMPUR –¬†Pelakon veteran yang popular dengan watak Pak Jabit dalam filem Hantu Kak Limah meninggal dunia di sebuah klinik di Lanchang, Pahang dipercayai berpunca daripada masalah jantung pagi tadi

Pak Jabit atau nama sebenarnya, Man Kadir Samsi, menghembuskan nafas terakhir pada 7.10 pagi dalam usia 68 tahun.

Difahamkan, allahyarham di rumah dan dibawa ke klinik oleh anaknya.

Sebelum ini, arwah dkatakan sering mengadu mudah letih sejak kebelakangan ini.

Jenazah  akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Lanchang hari ini.

Selain Hantu Kak Limah, Pak Jabit turut dikenali dalam filem Zombi Kampung Pisang, Man Laksa, Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel dan banyak lagi.

Allahyarham juga berlakon dalam banyak filem arahan Mamat Khalid dan mempunyai karakter tersendiri sebagai ketua kampung dan imam termasuk dalam drama terbaharu, 16 Puasa.

Di luar filem, Pak Jabit juga merupakan penyokong setia PKR dan sering menghadiri perhimpunan melibatkan pembangkang.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang mengucapkan takziah dalam status media sosialnya.- MalaysiaGazette