BRITAIN – Anak sulung lelaki pasangan pewaris diraja Britain, Putera George memulakan sessi persekolahan pertamanya hari ini.

Apa yang menarik, George ke sekolah dihantar oleh bapanya Putera William sendiri.

George yang kini berusia empat tahun memasuki pra-persekolahan di Thomas’s Battersea.

George kelihatan tidak kekok ke sekolah dengan memakai uniform berwarna biru berserta jaket dan berkasut hitam.

William dilihat memandu anaknya ke sekolah dan membawa anaknya keluar dari kereta.

Setelah itu William menjinjing beg George dan memegang tangan anaknya menuju masuk ke sekolah.

Dua beranak itu kemudian disambut guru besar, Helen Haslem dan George dilihat bersalaman dengannya sebelum di bawa ke kelasnya.

BBC melaporkan George mengikut jejak langkah ayahnya dan bapa saudaranya Putera Harry yang memasuki sesi pra persekolahan.

Bagaimanapun detik indah itu tidak disertai ibunya, Kate Middleton yang kurang sihat.

Istana Kensington memberitahu Kate tidak turut serta kerana mengalami alahan kerana mengandung anak ketiga. – MalaysiaGazette