BRITAIN – Pasangan pewaris tahkta diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton menerima pampasan sebanyak 100,000 euro atas nilai kerosakan setelah sebuah majalah di Perancis yang memaparkan gambar bogel mereka berdua.
Mahkamah di Perancis mengarahkan majalah Closer bertanggungjawab atas penyebaran gambar percutian mereka di Provence lima tahun lalu kerana telah melanggar privasi pasangan diraja berkenaan.
Istana Kensington memberitahu pasangan diraja itu meminta agar kes itu dihadapkan ke mahkamah lapor BBC.
Hakim menetap denda maksimum kepada editor dan pemilik majalah sebanyak 45,000 euro.
Peguam William dan isteri turut menuntut ganti rugi kerosakan 50,000 Euro bagi setiap seorang.
Pada tahun 2012 majalah berkenaan telah menyiarkan gambar Kate tidak berpakaian ketika sedang berjemur sebagai muka hadapan.
Dalam persidangan lain di Tribunal de Grande Instance de Nanterre, hakim Florence Lasserre-Jeannin turut mengarahkan akhbar tempatan La Provence yang menyiarkan gambar Kate berpakaian mandi untuk membayar ganti rugi kerosakan sebanyak 3,000 Euro.
Istana Kensington dalam kenyataan rasmi berkata, “Insiden ini telah melanggar privasi dan Dipertua Raja berasakan penting untuk menuntut pemulihan melalui undang-undang.
“Mereka turut berharap agar matlamat utama ketidak adilan menceroboh privasi tidak terjadi lagi.”
Terdahulu dalam salah satu sidang perbicaraan pada bulan Mei William mendakwa ia telah mencerobohi privasi mereka.
“Cara menceroboh dengan mengambil gambar sebegini khususnya amat memeranjatkan dan ia menceroboh privasi kami.
“Pencerobohan privasi seperti ini adalah amat menyakitkan seperti mana yang dilalui ibu saya, Puteri Diana dengan paparazzi,” beritahu William dalam kenyataanya.-BBC