Wang polimer £10 yang baharu akan diedarkan dalam pasaran tempatan di Englang 14 September ini.Foto: The Bank of England

LONDON – Wang plastik polimer £10 yang baharu akan berada di pasaran United Kingdom bermula Khamis ini.

Wang polimer itu merupakan wang kertas pertama yang mempunyai ciri-ciri khas mesra orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan selain selamat digunakan.

Wang £10 pound itu dihasilkan menggunakan polimer, seperti wang kertas lima pound yang dilancarkan tahun lalu.

Bank pusat England akan mencetak satu bilion helai wang polimer £10 itu merupakan peringkat permulaan untuk digunakan dalam pasaran bermula 14 September ini.

Bank pusat England menegaskan kualiti jangka hayat wang polimer baharu itu adalah selama lima tahun berbanding wang kertas lama yang hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja.

Wang polimer baharu itu memaparkan wajah Jane Austen di salah sebuah gereja utama negara itu, sempena ulang tahun ke-200 selepas novelis terkemuka Britain itu dikebumikan di situ.

Novelis Austen meninggal dunia semasa berumur 41 tahun dan dikebumikan di Winchester Cathedral pada tahun 1817.

Austen merupakan penulis novel Emma serta Pride and Prejudice.

Wang kertas £5 yang dikeluarkan tahun lepas menerima kritikan golongan mengamalkan pemakanan sayur kononnya terdapat kandungan lemak haiwan dalam penghasilan wang kertas itu.

Bank pusat England juga dikatakan sedang mencari kaedah alternatif untuk pengeluaran wang £20 baharu pada 2020. – MalaysiaGazette