Home Dunia Pegawai AS dilarang masuk kawasan konflik Rohingya

Pegawai AS dilarang masuk kawasan konflik Rohingya

YANGON – Myanmar tidak akan membenarkan pegawai Amerika Syarikat yang berada di negara itu melawat penempatan penduduk Rohingya.

Timbalan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Patrick Murphy akan menyampaikan kebimbangan tentang pembersihan etnik Rohingya di negara itu dan memberi tekanan bagi mendapatkan akses ke kawasan konflik bagi pekerja-pekerja kemanusian.

Murphy akan menemui pemimpin-pemimpin kerajaan negara itu di Napyitaw dan bertemu Aung San Suu Kyi pada hari Selasa.

Beliau juga akan melawat Sittwe, ibu negara dan bertemu gabenor Rakhine, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Tin Maung Swe kepada Reuters, tetapi di utara negeri itu, yang mana merupakan kawasan konfik ia tidak dibenarkan.

“Tidak dibenarkan,” kata Tin Maung Swe ketika ditanya sama ada Murphy akan pergi ke daerah Maungdaw.

Konflik di Rakhine semakin kritikal sejak 25 Ogos lalu menyebabkan hampir 400,000 pelarian melarikan diri ke sempadan Bangladesh hingga mencetuskan krisis kemanusian.

Pada masa sama, akses kepada pekerja-pekerja kemanusian pula dihalang. – MalaysiaGazette