Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh ditahan kerana disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia 8 bulan, anak kepada seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pengasuh berusia 24 tahun itu ditahan selepas ibu kepada bayi malang berkenaan membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

“Setelah membuat rawatan terhadap mangsa, pengadu mengesyaki mangsa telah didera,” kata Dzaffir menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dzaffir, siasatan awal mendapati, ibu bayi tersebut menghantar anaknya ke rumah suspek pada Ahad lepas dan kemudian bergegas ke tempat kerja untuk mendapatkan cuti kecemasan kerana mahu membawa anaknya ke klinik.

Ibu bayi itu kemudian pergi semula ke rumah suspek dan semasa berada di luar rumah dia terdengar anaknya menangis dengan kuat.

“Suspek berbohong kepada ibu mangsa menyatakan bayinya sedang tidur dan baik-baik sahaja, pada masa yang sama suspek tidak mengetahui bahawa ibu mangsa telah berada di luar rumah,” menurut kenyataan itu.

Ibu bayi berkenaan kemudian membawa anaknya ke kereta dan mendapati ada kesan merah di pipi kiri bayi itu seperti di tampar.

“Ibu mangsa telah menghubungi semula suspek tetapi telefon bimbitnya telah dimatikan,” tambah kenyataan itu ;agi.

Laporan polis dibuat oleh pembantu perubatan hospital.

Pengasuh terbabit direman selama 4 hari sehingga Jumaat ini dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast