Home Utama Pesta arak: Polis terima ancaman militan

Pesta arak: Polis terima ancaman militan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia tidak menyokong dan membenarkan penganjuran “Better Beer Festival 2017 yang dirancang di sebuah pusat membeli belah atas faktor keselamatan rakyat dan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, terdapat maklumat yang mendedahkan bahawa wujud perancangan oleh militan yang akan melakukan sabotaj ke atas pesta berkenaan.

“Ini kerana militan menganggap pesta arak itu sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, maklumat juga mendedahkan wujud beberapa pihak yang merancang untuk menimbulkan kekacauan semasa festival tersebut berlangsung dan ini bakal menimbulkan satu situasi keselamatan.

“Bagi mengelakkan sebarang insiden di luar kaalan berlaku, PDRM harus bertindak proaktif dengan mendirikan bantahan terhadap penganjuran festival tersebut demi menjaga ketenteraman awan dan keselamatan masyarakat di negara ini,” tegasnya lagi.- Malaysia Gazette

Comments are closed.