SEREMBAN – Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz Yayasan Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama.

Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.

“Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” kata Norazam.

Beliau berkata punca kebakaran belum dikenal pasti.-BERNAMA