Home Dunia Salah guna pesawat, Setiausaha Kesihatan AS letak jawatan

Salah guna pesawat, Setiausaha Kesihatan AS letak jawatan

Tom Price

WASHINGTON – Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat melepaskan jawatannya selepas didakwa menyalahgunakan pesawat untuk kegunaan perniagaannya.

Tom Price memohon maaf selepas menggunakan 26 kali pesawat persendirian kerajaan sejak Mei lalu dengan kos sebanyak AS$400,000.

Pegawai-pegawai kerajaan Amerika Syarikat, kecuali mereka yang melaksanakan tugas-tugas keselamatan negara perlu menggunakan pesawat komersial.

Tiga daripada ahli-ahli Kabinet Trump sedang disiasat kerana menggunakan pesawat persendirian ketika menjalankan tugas mereka.

Donald Trump menerima peletakan jawatan Price dan Don J Wright telah dilantik untuk memangku tugas Price.

Wright adalah timbalan penolong setiausaha kesihatan.

Siasatan yang dijalankan oleh laman berita Politico mendapati, kos penerbangan Price melebihi AS$1 juta.

Selain AS$400,000 untuk penggunaan pesawat persendirian, jumlah itu termasuk penggunaan pesawat tentera untuk penerbangan Price ke luar negara.

Dan, Trump tidak ‘gembira’ dengan kos yang dibelanjakan itu. – MalaysiaGazette