Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bercakap kepada media mengenai kejayaan pihak polis membanteras tiga sindiket dadah berasingan dan merasmpas bunga ganja bernilai RM13.73 Juta ketika di IPK Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 24 JUN 2026.

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan utama sekitar Semenyih ditutup dan dilencongkan secara berperingkat selama 11 jam bermula 12 hingga Ahad 13 September,  sempena Kejohanan Basikal RHB LEKAS Highway Ride 2026 (Edisi Ke-11).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, penutupan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan peserta serta kelancaran pergerakan kenderaan sepanjang acara berlangsung.

Menurutnya, penutupan penuh membabitkan laluan di Kilometer 2 Lebuhraya LEKAS menghala ke Plaza Tol Kajang Selatan dan Negeri Sembilan.

Turut ditutup susur Bandar Teknologi, susur masuk ke Lebuhraya LEKAS dari arah Semenyih, sebahagian Jalan Utama di Pekan Semenyih, persimpangan susur ke EcoHill/Semenyih serta persimpangan susur masuk ke Eco Majestic.

“Pihak polis dengan kerjasama pihak konsesi akan melaksanakan penutupan jalan secara berperingkat bermula jam 5 petang (Sabtu) hingga jam 4 pagi (Ahad),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengguna dari Kuala Lumpur atau Lebuhraya LEKAS yang menuju ke Semenyih boleh menggunakan laluan alternatif sedia ada, manakala trafik dari Jalan EcoHill dan Jalan Eco Majestic ke Lebuhraya LEKAS akan dilencongkan melalui laluan alternatif tempatan.

Katanya, polis turut menugaskan 85 anggota membabitkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, anggota BSM Trafik dan Unit Tugas Am di lokasi strategik serta persimpangan utama.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelakkan daripada melalui kawasan-kawasan terjejas sekiranya tiada keperluan mendesak bagi mengelakkan sebarang kesesakan atau kelewatan perjalanan sepanjang tempoh penutupan ini dilaksanakan.

“Pengguna jalan raya turut diminta merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas di lapangan dan sentiasa berhati-hati ketika memandu,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here