LONDON – Sepasang kembar juruterbang meraikan persaraan mereka dengan pendaratan terakhir selang 30 saat.

Kapten Jeremy dan Nick Hart menyambut ulangtahun kelahiran mereka yang ke-60 dengan melakukan pendaratan pada Khamis lalu di Lapangam Terbang Heathrow.

Jeremy yang melakukan penerbangan dari Gothenburg, Sweden menggunakan pesawat Airbus, A320.

Manakala Nick pula dari Geneva, Switzerland.

Pasangan itu mencatatkan 45,000 jam penerbangan sepanjang karier mereka namun tidak pernah melakukan penerbangan bersama.

Jeremy menyertai British Airways sejak 30 tahun lalu, manakala Nick menyertai British Midland pada tahun 2012.

“Saya tak pernah memberitahu rakan sekerja di British Midland yang saya ada saudara kembar di British Airway. Sehinggalah pada suatu hari juruterbang British Airway menegurnya kerana memakai uniform British Midland.

“Saya terpaksa mengambil masa menyakinkan bahawa saya bukan Jeremy,” kata Nick – BBC