NEW YORK – Pengasas dan Ketua Ekskutif Facebook Incorporated, Mark Zukerberg memohon maaf disebabkan cara kerja syarikatnya menjadi punca perpecahan masyarakat.
Dalam catatan menerusi laman facebooknya, dia berasa cara kerjanya terarah untuk memecah-belahkan daripada menyatukan.
“Memandangkan cara kerja yang lebih digunakan untuk memecah-belahkan berbanding menyatukan, saya memohon maaf.
“Saya berusaha untuk memperbaiki keadaan ini,” tulisnya.
Bagaimanapun Zuckerberg tidak merujuk kepada mana-mana pihak mengenai tulisannya itu.
Facebook dan beberapa syarikat teknologi lain kini dipantau ekoran penyiasatan berhubung pembabitan Rusia dalam kempen pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 – MalaysiaGazette