Hasrunizah, San San dan wakil beberapa agensi kerajaan meninjau kawasan tumpuan gelandangan di sekitar Bandaraya Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Kertas kerja dan hala tuju sasaran gelandangan sifar di negeri ini sedang disediakan sebelum dibentangkan kepada Menteri Besar Johor untuk mendapat persetujuan sebelum dilaksana.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan berkata, peratusan gelandangan ketika ini berubah dari masa ke semasa tetapi jumlahnya mencatatkan penurunan.

Jelas beliau, operasi dan fokus untuk gelandang sifar buat masa sekarang ini hanya tertumpu dalam kawasan bandar raya ini terlebih dahulu.

“Kerajaan negeri meneruskan usaha menangani isu gelandangan di pusat bandar menerusi pelaksanaan Operasi Sifar Gelandangan Bandar Raya Johor Bahru bagi September 2026 secara berkala di Zon B iaitu pusat bandar yang bermula semalam.

Operasi Sifar Gelandangan Bandar Raya Johor Bahru bagi September 2026 di pusat bandar Johor Bahru semalam.

“Pemantauan dilaksanakan pada waktu pagi dan malam di beberapa lokasi tumpuan sekitar pusat bandar secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ini melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Chan San San.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here