Sebahagian ketulan dadah ganja mampat yang dirampas polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara di sebuah rumah di Kampung Sinaran Kempas, Johor.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 19 ketul dadah jenis ganja mampat dirampas dalam satu serbuan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampung Sinaran Kempas di sini malam tadi.

Dalam serbuan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada 9.15 malam tadi, pasangan suami isteri masing-masing berusia 23 dan 21 tahun ditahan.

Ketua polis daerahnya, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, dadah jenis ganja mampat yang dirampas itu seberat 18 kg dan dianggarkan nilai pasaran adalah RM45,800.

“Dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh 9,484 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dua suspek yg ditangkap juga didapati mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah manakala seorang dari suspek saringal awal didapati positif dadah ganja.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang bekerja sendiri ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast