KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Siti Kassim mempertikaikan kenapa ada wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempersoalkan tindakannya termasuk dalam isu pesta arak yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

“Kenapa tiba-tiba PPBM mahu jadi hero? Everybody must respect each others,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal hari ini.

Peguam itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap teguran Exco Armada PPBM, Mohd. Ashraf Mustaqim yang mahu Siti Kassim bersikap rasional dan menghormati sistem demokrasi di negara ini.

Sebelum itu, Siti Kassim mempertikaikan tindakan sekumpulan ahli-ahli Armada yang membantah penganjuran pesta arak kepada kerajaan Selangor dan kemudiannya Ashraf mempertahankan tindakan mereka atas dasar demokrasi.

Walaupun kerajaan Selangor dibawah kepimpinan PKR yang sekutu dengan PPBM namun amalan membantah sesuatu perkara bukan satu kesalahan dalam negara mengamalkan demokrasi.- MalaysiaGazette

Isu arak: Siti Kassim jangan rendahkan nilai demokrasi