Home Ekonomi MAS: Penjelasan sudah memadai – Richard

MAS: Penjelasan sudah memadai – Richard

KUALA LUMPUR – Seramai 1,500 daripada 3,600 kakitangan kesatuan sekerja Malaysia Airlines System Berhad (MAS)) telah diberi surat penjelasan penuh berhubung isu pemberhentian kerja.

Penjelasan tersebut mematuhi Akta Kerja 1955, lantaran itu menteri tidak lagi perlu untuk mengemukakan sebab musabab pemberhentian kerja setiap pekerja yang terlibat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, kementerian tersebut tidak boleh menyaman MAS atau mana-mana individu kerana pemberhentian kerja yang skala besar itu dibuat kerana syarikat penerbangan negara muflis.

“MAS sudah muflis dan pemberhentian kerja adalah satu pilihan yang muktamad,” katanya yang tampil membuat penjelasan berhubung isu pemberhentian kerja 3,600 kakitangan kesatuan sekerja MAS.

Isu itu timbul selepas Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mempersoalkan mengapa mengambil masa dua tahun untuk memutuskan kes pemberhentian 3,500 pekerja MAS tidak boleh dirujuk kepada Mahkamah Industri.

MAS mengumumkan pemberhentian kerja 6,000 kakitangannya di bawah program penstrukturan semula pada 1 Jun 2015.

Jumlah 3,500 orang pekerja itu merupakan kakitangan kabin yang bernaung di bawah NUFAM.

Mengulas mengenai perkara itu, Richard berkata, pihaknya membuat penjelasan selepas dua tahun disebabkan tempoh moratorium pelan pemulihan MAS berakhir pada 24 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast