Foto Instagram Amyra Rosli.

KUALA LUMPUR – Pelakon Amyra Rosli bergelar ibu hari ini selepas selamat melahirkan anak lelaki di Pusat Perubatan Prince Court di sini, tengah hari tadi.

Amyra yang juga isteri pelakon, Amar Baharin berkongsi berita kelahiran putera mereka di laman sosial Instagram.

Bayi comel itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.48 kilogram (kg).

Amyra terlebih dulu memuat naik foto yang menampakkan tangan si kecil disusuli Amar.

“Alhamdulillah. Aku mohon perlindungan untukmu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan syaitan, binatang berbisa dan kejahatan yg menakutkan. Amin.

“Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami,” luah Amyra disertai tanda pagar #amyramarjr.

Perkongsian itu mendapat reaksi ramai termasuk rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Amyra dan suami atas kelahiran cahaya mata mereka.

Mengikut jangkaan, Amyra bersalin pada 25 Oktober ini.

Amar dan Amyra melangsungkan pernikahan pada 11 November 2016. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast