Foto laman web Chelsea FC.

LONDON – Alvaro Morata menceriakan kem Chelsea apabila dia kembali menyertai sesi latihan bersama rakan pasukannya menjelang pertemuan menentang Roma pada Liga Juara-Juara, Rabu ini.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum dilaporkan akan berehat selama enam minggu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika membantu Chelsea menundukkan Manchester City pada 30 September lalu.

Pengurus, Antonio Conte berharap pemain kebangsaan Sepanyol itu akan kembali cergas selepas anak buahnya dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada kelab tercorot dalam Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace.

Chelsea memuatnaik gambar Morata sedang berlatih di Cobham menerusi Twitter rasmi pasukan itu, petang Ahad.

“Tiga pemain utama kami sedang mengalami kecederaan. Saya berharap Morata akan kembali cergas dengan segera untuk aksi menentang Roma.

“Drinkwater sudah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum pulih sepenuhnya. Kami perlu bersabar kerana dia masih cedera di bahagian betis,” kata Conte. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast