Home Ekonomi Harga Brent melonjak

Harga Brent melonjak

Gambar hiasan

SINGAPURA – Pasaran minyak melonjak pada hari ini berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan Amerika Syarikat akan memperbaharui sekatan ke atas Iran dan juga konflik di Iraq.

Selain itu penurunan aktiviti medan minyak di Amerika Syarikat turut menyokong kenaikan harga.

Penanda aras niaga hadapan Brent melonjak kepada AS$57.82 pada 0156 GMT, naik AS$0.65 atau 1.1 peratus berbanding harga penutup.

Presiden Donald Trump mahu mengenakan sekatan semula ke atas Iran selepas Tehran didakwa tidak mematuhi perjanjian.

Bagaimanapun, Iran menolak dakwaan tersebut.

Di bawah undang-undang Amerika Syarikat, presiden mesti mengesahkan kepada Kongres setiap 90 hari bahawa Iran mematuhi perjanjian itu.

Kongres negara itu mempunyai masa 60 hari lagi untuk memutuskan sama ada melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Tehran.

Semasa sekatan Tehran, kira-kira 1 juta tong sehari bekalan minyak mentah dari negara itu telah dikurangkan dalam pasaran global.

Sementara itu para penganalisis berkata, mereka tidak mengharapkan sekatan berkenaan diperbaharui kerana akan memberi impak besar.

“Jika Iran didapati melanggar perjanjian nuklear dan perjanjian perdagangan mereka dibatalkan, itu akan menjadi pemangkin terbesar bagi momentum menaik harga minyak mentah,” kata Shane Chanel, penasihat ekuiti dan derivatif di ASR Wealth Advisers.

Ia juga akan menimbulkan kestabilan di Iraq, yang merupakan pengeluar minyak kedua terbesar dalam OPEC selepas Arab Saudi. – MalaysiaGazette