Home Dunia Taufan Ophelia ragut 3 nyawa

Taufan Ophelia ragut 3 nyawa

Ombak kuat melanda perairan Ireland . foto Agensi

IRELAND – Dua lelaki dan seorang wanita menjadi korban Taufan Ophelia yang melanda Kepulauan British.

Seorang mangsa lelaki dan perempuan maut dalam insiden berasingan selepas kereta mereka dihempap pokok yang jatuh dilanda angin ribut.

Manakala seorang lagi lelaki meninggal dunia ketika cuba mengalihkan pokok yang jatuh.

Taufan itu menyebabkan beribu-ribu kediaman dan pusat perniagaan di utara Ireland dan Wales mengalami gangguan bekalan elektrik.

Syarikat elektrik, Northern Ireland Electricity berkata, kira-kira 15,000 isi rumah di daerah itu dijangka gangguan lagi pada hari Isnin.

 

Taufan Ophelia yang membawa angin kuat menyebabkan pokok tumbang di Ireland. foto Agensi

Polis di Scotland berkata, angin ribut itu dijangka melanda DUmfries dan Galloway dan dijangka berterusan sehingga petang.

Di Cumbria, polis di Barrow terpaksa menutup jalan di Stadium AFC selepas angin menerbangkan atap.

Sementara itu di Wales, jalan dan landasan keretapi ditutup dan angin dengan kekuatan 90 meter sejam direkodkan di Aberdaron, Gwynedd.

Penduduk juga telah diarahkan supaya berlindung dalam kediaman masing-masing.

Penerbangan turut mengalami gangguan selepas beberapa pesawat United Kingdom diarah melencong berikutan terdapat ‘bau asap’ yang disebabkan oleh keadaan cuaca. – MalaysiaGazette