JAKARTA – Presiden Indonesia, Jokowi Widodo akan mengadakan mesyuarat kabinet minggu depan bagi proses penubuhan skuad anti rasuah sendiri melibatkan Polisi Republik Indonesia.

“Ianya masih cadangan, yang mana ianya akan dibincangkan minggu hadapan,” beritahu Jokowi malam tadi.

Jokowi berkata demikian sebagai mengulas cadangan Polisi Republik Indonesia untuk menubuhkan skuad anti rasuah di bawah kuasa Menteri Koordinator bidang Politik, Hukum dan Keamanan, Wiranto.

Cadangan Ketua Polisi Republik Indonesia, Tito Karnavian mendapat sokongan penuh parti pemerintah.

Pihaknya mencadangkan sejumlah 2.6 trillion rupiah (RM 8.11juta) diperuntukkan bagi merealisasikan plan tersebut.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Jusuf Kalla menolak cadangan itu dan berkata negara seharusnya fokus dan mengoptimumkan peranan Komisi Pemberanterasan Korupsi (KPK) serta unit anti rasuah yang melibatkan polis dan pejabat peguam negara (AGO). -Malaysia Gazette