Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH) Kota Kinabalu di Sabah malam tadi kerana tekanan darah tinggi.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dikejarkan ke hospital tersebut selepas dua setengah jam beliau ditahan oleh SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Beliau dibawa ke QEH2 malam tadi bagi mendapatkan pemeriksaan doktor dan didapati mengalami tekanan darah tinggi.

“Sehingga pagi ini beliau masih di bawah pemerhatian doktor di hospital tetapi keadaannya dilaporkan baik,” menurut laporan itu.

Mohd. Shafie ditahan SPRM pada jam 9 malam tadi selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana awam membabitkan projek luar bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang diterajuinya dari tahun 2009 hingga 2010.

Beliau dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, selepas solat Jumaat hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. – MalaysiaGazette