Dompet tersebut yang mengandungi 30 keping dolar Amerika Syarikat dan beberapa keping wang kertas Syria.- pix hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis meminta individu yang kehilangan dompet mengandungi wang kertas asing bernilai kira-kira RM12,666 di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Imbi di sini pada 9 Okt lalu tampil menuntutnya di Balai Polis Tun HS Lee, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata dompet tersebut yang mengandungi 30 keping dolar Amerika Syarikat dan beberapa keping wang kertas Syria ditemui oleh seorang pekerja pembersihan di bilik persalinan bayi di tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.

“Polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri di dalam dompet itu selain beberapa keping gambar dipercayai pemilik dompet,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pihak keselamatan pusat beli-belah tersebut, di sini hari ini.

Mohd Sukri turut mengucapkan terima kasih kepada pekerja pembersihan berkenaan atas kejujurannya menyerahkan dompet tersebut kepada pihak pengurusan pusat beli-belah itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya tindakan sedemikan perlu dijadikan tauladan dan dicontohi oleh pihak lain agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan jujur.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast