Semboyan Malaysia Yusuf Azmi assault foreigner
Yusuf Azmi

KUALA LUMPUR – Pengarah Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi ditahan dan didakwa pagi ini ekoran dakwaan menceroboh syarikat pajakan kenderaan baru-baru ini.

Yusuf dan pengawal peribadinya yang dikenali Abang Ali dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada ‪pukul 8‬ pagi.

Sebelum itu, beliau juga sudah diambil keterangan oleh polis berhubung kes Julai lalu.

Malah Yusuf juga mengakui diminta hadir ke IPD Kajang dan mungkin didakwa ke mahkamah.

Yusuf mungkin didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

‪Pada 10 Julai lalu, Yusuf mengetuai sekumpulan individu yang dikatakan mangsa telah menyerbu pusat penyimpanan kenderaan milik Syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) di Jalan Sungai Sikamat, Kajang.‬

IMBAS KEMBALI..Kekecohan berlaku apabila Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi (berbaju putih) bertegas untuk membawa pulang sebuah kereta Proton Preve milik salah seorang wanita yang memajak keretanya dengan AGR Auto Trade Sdn. Bhd. di Serdang, Selangor pada 10 Julai lalu.

Mangsa-mangsa terbabit mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa ditipu oleh syarikat pajakan kenderaan itu sehingga menerima notis hutang daripada pihak bank.- MalaysiaGazette

Ceroboh gudang simpan kenderaan, polis buka kertas siasatan