Home Dunia Kucing hutan liar terlepas di Wales

Kucing hutan liar terlepas di Wales

ABERYSTWYTH – Seekor kucing hutan liar berjaya melarikan diri di taman hidupan lir di Ceredigion.

Spesis Eurasiaon itu mempunyai saiz dua kali ganda daripada kucing domestik, melarikan diri sejak lima hari lalu dari Borth Wild Animal Kingdom, dekat Aberystwyth.

Ia adalah haiwan ganas dan memiliki penglihatan yang tajam.

Setakat ini, belum ada laporan haiwan telah menyerang manusia tetapi pihak pengendali taman hidupan liar otu telah memberi amaran ia boleh bertindak ganas jika terperangkap.

Kakitangan berkata, kucing liar itu tidak boleh didekati jika dilihat – kerana ia adalah haiwan liar dan mempunyai gigi tajam dan boleh mencakar.

“Kami mempunyai penjaga yang terlatih sepenuhnya untuk menangani situasi ini. Dia tidak biasa memburu mangsa tetapi akan mengejar arnab dan tikus apabila dia menjadi lapar,” katanya.

Kucing itu boleh mengembara 12 batu sehari.

Pengendali taman itu telah meletakkan kamera perangkap sekitar zoo tetapi memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesannya.

“Apabila kita mengetahui lokasinya dan mengikuti pola jejaknya, kita boleh memerangkap dan menangkapnya,” kata kakitangan taman tersebut. – MalaysiaGazette