JAKARTA – Hotel Alexis yang terletak di utara bandar ini terpaksa ditutup selepas gagal mendapat permit operasi kerana didakwa menawarkan khidmat pelacuran.

“Kami bertegas. Kami tidak mahu Jakarta menjadi bandar yang menjalankan aktiviti pelacuran.

“Kami menerima laporan dan aduan daripada penduduk, termasuk laporan media,” kata Gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Bagaimanapun, Anies enggan mengulas mengenai bukti-bukti yang diperoleh.

Hotel itu disebut-sebut menjadi tempat pelacur kelas atas.

Penutupan hotel itu merupakan antara janji yang dibuat oleh Anies semasa kempen pilihan raya gabenor.

Satu surat yang ditandatangani oleh Edy Junaedi, Ketua Agensi Perkhidmatan Sehenti Bersepadu menunjukkan pentadbiran itu enggan melanjutkan permit operasi Hotel Alexis.

Pengurusan hotel berkenaan menyatakan ia menawarkan bilik hotel dan perkhidmatan mengurut.

Anies menegaskan operasi hotel itu adalah tidak sah dan memastikan aktiviti-aktivti seumpama itu dibendung. – MalaysiaGazette