Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – PAS mengarahkan semua jentera partinya bagi membantu kerajaan Pulau Pinang menghadapi bencana banjir yang dihadapi ketika ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS akan menggerakkan partinya yang terdiri daripada Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal, Jentera parti bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal, Jentera parti bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.

Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita mohon pertolongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, sebahagian besar Pulau Pinang ditenggelami air berikutan hujan lebat dan angin kencang, turut menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucap terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjawab panggilan telefonnya hampir pukul 3.30 pagi tadi.

Guan Eng dalam posting video di Facebooknya berkata, beliau membuat panggilan itu untuk mendapatkan bantuan tentera selepas keadaan banjir di Pulau Pinang semakin buruk.-MalaysiaGazette