Pasukan Mersedes disamun kumpulan penjenayah bersenjatakan pistol di Brazil menjelang perlumbaan Ahad ini.

SAO PAULO – Kakitangan pasukan Formula Satu, Mercedes disamun oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol Jumaat lalu.

Ia berlaku menjelang perlumbaan di Litar Interlagos, Sao Paulo, Brazil Ahad ini.

Kejadian dilaporkan berlaku berlaku semasa pasukan Mercedes meninggalkan Litar Interlagos selepas sesi ujian pertama.

Sebuah bas mini yang membawa kakitangan teknikal pasukan juara dunia kali keempat itu telah ditahan pukul 10 malam waktu tempatan, kata Juara empat kali, Lewis Hamilton.

“Bas mini telah disamun dengan diacu pistol oleh penyamun dengan salah seorang ahli pasukan diacu pistol pada kepalanya.

“Barang berharga milik kakitangan pasukan telah disamun tetapi semua selamat tanpa sebarang kecederaan,” kata jurucakap Mercedes.

Hamilton telah berkongsi berita itu dalam akaun twitter peribadinya pagi Sabtu.

“Beberapa orang dalam pasukan telah disamun dengan diacu pistol malam tadi selepas meninggalkan litar lumba di Brazil.

“Penyamun melepaskan sedas tembakan di udara namun tidak sesiapa yang dicederakan.

“Agak terkejut untuk mendengar berita ini. harap semua di luar sana mendoakan untuk kakitangan Mercedes.

“Penganjur F1 perlu melakukan sesuatu yang serius tanpa alasan kerana hampir setiap tahun ia sudah berlaku di sini,” katanya.

Sementara itu, polis tentera di Sao Paulo berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung insiden itu.

Ini bukan kali pertama pengunjung ke F1 di Sao Paulo menjadi sasaran kumpulan penyamun bersenjata.

Pada tahun 2010, Jenson Button selamat tanpa kecederaan selepas sekumpulan penyamun bersenjata mengepong keretanya di Litar Interlagos dan membawa dia ke hotel. – MalaysiaGazette.