ACEH- Sebanyak 10 ekor ikan paus ditemukan terdampar di Pantai Ujong Kareueng, Kecamatan Mesjid Raya, Kabupaten Aceh Besar dekat sini pagi tadi.

Ratusan masyarakat yang mengetahui kejadian tersebut memuatnaik media sosial masing-masing sehingga menjadi tular.

Lokasi itu kemudiannya menjadi tumpuan ramai secara mendadak.

Keadaan 10 ekor ikan paus yang terdampar itu ada yang masih hidup.

Menurut laporan Serambinews.com, beberapa diantaranya masih mengepakkan ekornya ke air.

Bagaimanapun, berdasarkan foto udara yang diambil menggunakan dron pula dilaporkan mendapati ada sembilan ekor paus.

Namun mungkin kesemuanya tidak dapat dirakam oleh lensa kamera kerana ada ikan paus yang berada di dalam air malah ada mendakwa ada sekurang-kurangnya 12 ekor di sepanjang pantai yang sama.

Persoalannya, misteri kenapa ikan paus terdampar itu berlaku masih misteri.

Kejadian itu ada menimbulkan keresahan kerana peristiwa Aceh dilanda tsunami sebelum ini dikatakan juga bermula dengan pelbagai perkara pelik di kawasan pantainya. – MalaysiaGazette

Comments are closed.