Foto Instagram Fathia Latiff.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latiff kembali mencetuskan kontroversi terbaharu apabila meluahkan rasa hati selepas mendakwa wataknya sebagai tetamu di sebuah program bual bicara digantikan dengan pelakon lain, Siti Elizad.

Fathia yang mengakui datang lewat dari masa yang ditetapkan pihak produksi menjelaskan, dia sebenarnya berada dalam keadaan bersedia dengan pakaian yang sesuai ketika sampai di set.

Namun wanita berusia 30 tahun memberitahu dia diminta menunggu di belakang pentas namun kemunculannya dibatalkan tanpa dimaklumkan lebih awal.

“Memang salah saya tapi bila dah sampai mereka suruh saya tukar baju kurung. Sepatutnya saya dapat watak Elizad itu.

“Tiba-tiba mereka batalkan tapi tak apa. Saya tak ada masalah dengan itu. Tapi sedihlah sebab mereka tidak bagi alasan.

“Saya sampai pukul 8 malam dah siap tukar baju kurung dan tudung labuh. Kemudian suruh tukar balik baju arab. Rasa dipermainkan. Tapi tak apa, semoga Allah merahmati anda,” kata Fathia yangan perasaannya berhubung isu itu menerusi Instagram secara langsung pada malam tadi.

Namun selepas beberapa jam dimuat naik, dia memadamkan video berkenaan.

Bagaimanapun terdapat versi lain di tempat kejadian yang menimpa Fathia itu

Berdasarkan artikel gosip di sebuah portal hiburan, Fathia dilaporkan tidak muncul pada waktu yang ditetapkan pihak produksi program tersebut.

Menurut artikel tersebut, Fathia sepatutnya perlu berada di set program berkenaan pada pukul 3 petang namun dia muncul selepas pukul 8 malam.

Menurut salah seorang kru yang terlibat, pihak produksi bernasib baik kerana Siti Elizad setuju untuk bekerjasama dan menjadi bidan terjun walaupun diberitahu pada saat akhir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast