Recall Bill Azalina Othman Said anti-party hopping recall election
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Cubaan gabungan pembangkang untuk menggagalkan Rang Undang-Undang Perbadanan 2018 tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan majoriti mudah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said, Pakatan Harapan (PH) seperti tidak boleh menerima kekalahan apabila cubaan itu dipatahkan Barisan Nasional (BN).

Pembangkang dilihat seperti tidak dapat menerima keputusan itu apabila menimbulkan kekecohan di dalam Dewan walaupun Timbalan Speaker Dewan Rakyat telah memutuskan keputusan tersebut.

“Keputusan undi belah bahagian ini juga membuktikan sistem demokrasi di Dewan yang mulia ini terus subur dan perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat menjalani proses meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan 2018 peringkat pentadbiran bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Wakil-wakil pembangkang menimbulkan kekecohan dalam sidang Dewan Rakyat semalam kerana tidak berpuas hati dengan proses undi belah bahagian yang dijalankan mengikut peraturan.

Kekecohan itu ditimbulkan sejurus selepas Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Kekecohan itu timbul apabila undi mendapati 52 ahli parlimen bersetuju manalaka 51 ahli Parlimen tidak bersetuju manakala dua lagi berkecuali. -MalaysiaGazette