Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sembilan anggota polis yang membeli air ketum untuk “melepaskan stres” telah ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dalam operasi yang dijlalankan di Kepong, ibu negara.

Sinchew Daily melaporkan, seorang pengedar dan 14 orang pelanggan, termasuk sembilan anggota polis, telah ditahan dalam operasi yang dijalankan.

Anggota polis tersebut berumur antara 26 hingga 36 tahun dan kesemua mereka mengaku membeli air ketum kerana berdepan tekanan dalam kerja.

Difahamkan bahawa polis tersebut berkhidmat di balai-balai dan unit-unit berlainan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Ada dalam kalangan mereka yang bekerja dalam unit peronda.

Polis yang menerima maklumat pada pukul 5.45 petang pada 17 November lalu telah menyerbu kawasan setinggan di Taman Usaha Jaya, Kepong yang turut digunakan sebagai sarang dadah.

Seorang lelaki Melayu berusia 22 tahun yang berasal dari Kedah ditahan dan turut ditemukan ialah 26 bungkus air ketum yang jumlahnya kira-kira 39 liter dalam peti sejuk.

Seorang lelaki India yang baru sahaja membeli dua bungkus air ketum (tiga liter) ditahan secara serta-merta.

Polis dari Bukit Aman seterusnya memberkas 13 orang pembeli lain yang berkunjung ke kawasan setinggan itu untuk membeli air kentum. – MalaysiaGazette

Comments are closed.