KOTA KINABALU – Lima pekerja Sabah Electricity Sdn Berhad (SESB) melecur 20 hingga 90 peratus selepas sebuah pencawang SESB Wawasan Plaza di di Api-Api Centre meletup dan terbakar malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 malam itu, kesemua mangsa yang berumur antara 25 hingga 65 tahun berkenaan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menerima rawatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati telah berlaku letupan disusuli dengan kebakaran mengakibatkan kerosakan pada pencawang dan mengakibatkan kecederaan lima pekerja SESB. Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan oleh pihak bomba,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chandra punca kebakaran masih belum diperoleh dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

–BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast