Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan K. Murugan terhadap sabitan dan hukuman mati.
Panel yang sama juga menolak rayuan Murugan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana memberi minuman mengandungi racun Paraquat yang boleh menyebabkan kematian dua orang lagi.
Hakim Mohd Zawawi berkata sabitan Murugan adalah selamat kerana bukti jelas menunjukkan bahawa dia telah menyebabkan kematian tiga anggota keluarga itu.
Beliau berkata tidak ada sebab bagi mahkamah untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 20 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman mati ke atas Murugan, 47, selepas didapati bersalah membunuh M. Sakunthala, 64, dan dua anaknya K. Rajeswary, 29, dan K. Manivannam, 33.
Dia melakukan kesalahan itu di Taman Sri Ramal, Kajang, Selangor antara 10.30pm pada 31 Mac, 2012 dan 2.30 pagi pada 1 April, 2012.
Murugan juga disabitkan oleh Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan memberi minuman mengandungi racun Paraquat yang boleh menyebabkan kematian suami Sakunthala, M. Karuppanan, 66, dan anak perempuan mereka, K. Malati, 32. di tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan dengan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 April, 2012.
Sebelum kematian mereka, dia memberi keterangan kepada polis dengan mendakwa mereka diberi minum racun untuk diminum oleh tertuduh.
Ketiga-tiga mereka menyebut Murugan sebagai orang yang datang ke rumah mereka untuk melakukan upacara sembahyang dan memberi kepada ketiga-tiga beranak itu air untuk diminum.
Semasa perbicaraan, Malati memberi keterangan bahawa bahawa keluarganya diberi air untuk diminum oleh tertuduh dan mereka semua pengsan.
Dia memberitahu bahawa dia sedar semula selepas terhidu bau gas dan mengejutkan anggota keluarganya untuk keluar dari rumah selepas melihat ruang tamu rumah terbakar.
Murugan diwakili oleh peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff sementara pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.
— BERNAMA
dewa apa yang suruh tu .