Donald J. Trump

MESIR – Sebarang usaha dan langkah Amerika Syarikat dalam mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel akan menambah kemungkinan berlaku keganasan, menurut Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit.

Beliau mengulas sehari selepas pentadbiran AS berkata, Presiden Donald J.Trump dilihat seperti mempertimbangkan untuk membuat pengumuman berkaitan perkara itu minggu depan.

Rakyat Palestin mahu Jerusalem sebagai ibu kota untuk negeri yang bakal dibentuk dan komuniti antarabangsa pula tidak mengiktiraf tuntutan sepenuhnya Israel terhadap bandaraya itu sebagai tanah kesucian Yahudi, Islam dan Kristian.

Pengumuman Trump didakwa akan dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa Presiden AS sebelum ini yang berpendirian bahawa status Jerusalem perlu ditetapkan menerusi proses rundingan dan menerima kritikan pihak berkuasa Palastin.

“Hari ini kita sangat jelas bahawa tindakan sedemikian tidak akan menjamin keamanan dan kestabilan tetapi hanya akan mencetuskan ekstrimisme dan membawa kepada keganasan.

“Ia hanya memanfaatkan sebelah pihak sahaja,” kata Aboul Gheit dalam kenyataan yang disiarkan dalam Laman Web Liga Arab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast