Dr Zuhan Mohd Zain

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor sedia bertanding secara solo tanpa perlu kerjasama dengan mana-mana gabungan politik pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Dr Zuhan Zain berkata, PH boleh bertanding di semua kerusi di Johor kerana melihat kemungkinan itu ada.

Jelasnya yang juga Ketua Amanah Kawasan Kluang berkata, ini kerana Amanah Johor melihat kemungkinan itu selepas melihat situasi yang berlaku dalam negara ketika ini.

“Terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku dan hal tersebut seharusnya diperhalusi oleh gabungan PH Johor ketika ini.

“Keputusan ini (bertanding tanpa kerjasama dengan pihak lain) perlu segera dibuat berikutan masa yang tinggal adalah singkat untuk melakukan gerak kerja mendekati rakyat agar PH terus mendapat kepercayaan rakyat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, itu antara kemungkinan yang PH Johor ada manakala pilihan pertama pula adalah kerjasama bersama dengan BN Johor dalam PRN nanti.

“Hal ini juga memerlukan komitmen daripada PH Johor untuk membawa agenda pembahagian kerusi sama rata antara BN-PH di Johor,” ujarnya.

Tambahnya, Amanah Johor menyatakan hasrat agar gabungan PH Johor memantapkan fokus ke arah gerak kerja PRN Johor yang akan datang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast