KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mempersoalkan keikhlasan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang dilaporkan menawarkan untuk meletakkan jawatan.
Menerusi hantaran di Facebook, Mas Ermieyati berkata, semua menteri dan timbalan menteri daripada DAP sepatutnya turut mengambil tindakan sama secara bersama.
“Macam tak berapa nak ikhlas dan steady… Sepatutnya, semua Menteri & Timbalan Menteri DAP letaklah jawatan sekali.
“Berjemaah gitu,” katanya.
Beliau turut menyifatkan situasi itu sebagai sesuatu yang tidak adil kepada Anthony Loke dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
“Kesian Anthony Loke, Ng Kor Ming yang janji, Loke pula yang kena,” katanya. – MalaysiaGazette
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib
















