Krisis ekonomi dan politik Venezuela

VENEZUELA – Pemimpin kerajaan dan pakatan pembangkang negara Venezuela gagal mencapai kesepakatan dan merancang untuk melakukan rundingan baharu pada masa terdekat bagi menyelesaikan krisis ekonomi dan politik negara itu.

Pelbagai usaha kedua-dua pihak gagal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pembangkang menuduh Presiden Nicolas Maduro mengeksploitasi dialog untuk melambatkan masa sambil mendakwa  pembangkang mahu melibatkan keganasan.

Rakyat Venezuela berharap rundingan susulan untuk mencapai satu kata sepakat yang dapat membantu kearah pemulihan negara.

Maduro ketika ini dalam proses mengukuhkan kuasa menjelang kempen Pilihan Raya semula pada tahun 2018.

Gabungan perpaduan demokratik di Venezuela ternyata gagal menghalau Maduro dalam protes jalanan awal tahun ini dan kini menuntut jaminan proses pengundian bebas dan adil pada tahun hadapan.

Gabungan itu juga mahu supaya koridor bantuan kemanusiaan luar untuk mengurang krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah moden ini serta beberapa aktivis yang telah dipenjarakan sebelum ini dibebaskan selain menghormati kongres yang dipimpin pembangkang.

“Proses ini sukar, berat dan penuh dengan perdebatan dan konfrontasi,” kata Julio Borges, presiden kongres pembangkang sambil menambah dengan mengharapkan kedua-dua pihak berunding semula pada 15 Disember ini.

Kerajaan dan pembangkang negara itu dikatakan tidak mahu berkompromi dengan apa jua perkara termasuk salah seorang anggotanya diminta mengunci mulut daripada bercakap dengan media.

Pembangkang menjadi lemah akibat kekalahan mengejut dalam pemilihan Gabenor Oktober lalu.

Selain parti yang terdiri daripada pelbagai komponen juga berpecah dengan lebih banyak sektor militan di negara itu menentang rundingan itu didakwa hanya menyebabkan kerajaan sengaja membuang masa. – MalaysiaGazette