Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid mencuba memegang salah satu senjata yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika melawat gerai pameran pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 DISEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memilih bulu dalam menunaikan tanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan memaklumkan KDN komited untuk merealisasikan aspek keselamatan dan keharmonian terhadap masyarakat.

“Tugas dan kebertanggungawaban KDN amat holistik dan menyeluruh kerana agensi yang ada telah wujud sejak mereka lahir hingga dipanggil ilahi.

“Kebertanggunjawaban ini menggambarkan sokongan dan dokongan rakyat keseluruhannya kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh KDN,” katanya ketika berucap merasmikan pameran korporat KDN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan masyarakat agar tidak menimbulkan persepsi negatif terhadap KDN termasuk pihak-pihak yang tidak pernah menghargai agensi penguatkuasaan itu.

Katanya, KDN tidak memerlukan pujian sebaliknya mahu apa yang dilakukan dihargai oleh masyarakat.

“Oleh kerana kami tidak memandang bulu terhadap apa yang kami lakukan tentunya pameran ini akan memperlihatkan kepada rakyat keseluruhannya bukan sahaja bentuk perkhidmatan yang terbaik malah, ia boleh digunakan bagi mendapatkan perkhidmatan secara langsung dan tindakan segera,” ujarnya yang merupakan Naib Presiden UMNO.

Sebelum itu, Ahmad Zahid menerima kunjungan delegasi HAMAS di Bilik Teratai, PWTC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast