Home Utama Iktiraf Baitulmaqddis beri kesan serius

Iktiraf Baitulmaqddis beri kesan serius

KUALA LUMPUR – Pengumuman Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmaqddis sebagai ibu negara Israel dikhuatiri membawa kesan serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.

Malah, tindakan itu akan menimbulkan sentimen dan menyebabkan usaha memerangi keganasan semakin sukar.

Kementerian Luar Negeri berkata, Malaysia amat bimbang dengan keputusan itu kerana ia menamatkan segala usaha yang dilakukan terhadap penyelesaian masalah Palestin.

“Isu Baitulmuqaddis adalah asas utama dalam Palestin dan  semua Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diminta tidak iktiraf sebarang perubahan berhubung sempadan sebelum tahun 1967, termasuk berkaitan dengan Baitulmuqaddis.

“Sebarang percubaan untuk iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, menubuh atau memindahkan sebarang misi diplomatik ke bandar itu, dianggap sebagai pencerobohan bukan sahaja terhadap Arab dan Islam, tetapi juga kepada Muslim dan Kristian,” kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan di sini.

Tindakan itu juga merupakan pelanggaran terhadap hak-hak kebangsaan rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, dan pelanggaran undang-undang antarabangsa bersama-sama dengan resolusi relevan Majlis Keselamatan: iaitu Resolusi No. 252 (1968), 267 (1969) 465, 476 dan 478 (1980), termasuk Resolusi 2334 (2016) baru-baru ini.

Tegasnya, pengiktirafan Baitulmaqddis sebagai ibu kota Israel bukan pengiktirafan realiti di lapangan tetapi adalah ungkapan sokongan terhadap dasar Israel, yang kebanyakannya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ia mungkin tidak betul.

Lantaran itu, Amerika Syarikat mesti menimbang semula keputusan yang dibuat. – MalaysiaGazette