SHAH ALAM – Penyanyi yang kini meningkat naik menerusi rakaman video lagu ‘Tak Tun Tuang’, Andi Bernadee mendedahkan beliau menerima beberapa keping gambar lucah daripada peminat wanita.
Gambar tersebut diterima melalui Direct Message pada akaun Instagramnya.
Kejadian yang bukan sahaja berlaku sekali dua, malah berkali-kali itu kemudiannya membuatkan anak kelahiran negeri di bawah bayu itu serik dan berhenti membalas komen-komen peminat di media sosial.
“Mula-mula saya reply (balas) tapi mereka mula dah bagi gambar mereka pakai bra (baju dalam), saya dah stop dah. Sejak itu saya dah kurang balas mesej peminat,” katanya yang hadir pada sesi memperkenalkan menu di Flavours Cafe by Sincerelybyus (SBU).
Andi, 26, mula popular setelah menyanyikan semula lagu Upiak Isil bertajuk Tak Tun Tuang tiga minggu lepas dan memuat naiknya di Youtube.
Untuk tempoh yang singkat rakaman itu sudah sebanyak 1.6 juta kali.
Sementara itu, Andi memberitahu, beliau bakal mengeluarkan single terbaru yang dinyanyikan bersama Anis al-Idrus bertajuk ‘Tak Guna’.
Penyanyi yang sebelum ini pernah mengeluarkan single bertajuk ‘Tiada Lagi Maaf’ dalam masa sama menyimpan minat untuk berlakon namun mengaku bakatnya dalam bidang tersebut perlu diasah terlebih dahulu.
“Sejak sekolah lagi memang nak libatkan diri dalam bidang hiburan.
“Saya memang minat berlakon tapi kena belajar teknik-teknik lakonan dulu,” katanya. – MalaysiaGazette