Banjir kilat ‘sapu’ 10 rumah di Keningau

KENINGAU – Sekurang-kurangnya 10 buah rumah hanyut dibawa arus dalam kejadian banjir kilat di sini petang tadi.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku di Kampung Contoh, Kampung Pampang dan Kampung Limbawan.

Bagaimanapun tidak ada sebarang laporan mengenai kehilangan nyawa kerana kebanyakan penduduk sudah meninggalkan rumah masing-masing sebelum itu.

Seramai lapan anggota bomba dihantar bagi menyelamatkan penduduk terlibat.- MalaysiaGazette