SHAH ALAM – Premis makanan berkonsepkan butik kafe.
Itu kelainan yang diangkat oleh Pengasas Sincerelybyus (SBU) Noor Inora Putri Norzainy dalam melebarkan perniagaannya.
Mengilhamkan makanan yang sinonim dengan rakyat Malaysia yang gemar mencuba makanan di mana juga berada, maka tercetuslah Flavours cafe by SBU.
Percubaan berani Noor Inora ini dimulakan dengan menu-menu tradisi negeri iaitu Laksa Johor, Daging Salai Masak Lemak terkenal di Negeri Sembilan yang sukakan pedas yang juga merupakan best seller dipremisnya.
Ada juga Lamb Exploision, Salted Egg Spaghetti untuk yang gemarkan makanan Barat dan tidak dilupakan juga resipi hipster masa kini iaitu Samyang Chicken Chop.
Menurut Noor Inora, konsep itu hasil respon daripada pelanggannya yang mahu melihat tudung rekaannya sambil makan.
“Saya sudah rancang lama untuk buat kafe ini tapi perlukan persediaan daripada pelbagai aspek sebab melibatkan makanan kan. Orang perlu puas hati barulah akan terus datang makan. Jadi, baru sekarang selesai semuanya.
“Saya membuat fast action (tindakan pantas) dalam hal ini. Saya mahu juga dengar cakap pelanggan, dan kelebihannya resepi makanan-makan tradisi khususnya adalah daripada emak saya sendiri,” katanya ketika ditemui di acara memperkenalkan menu kepada media di sini baru-baru ini.
Selain itu Flavours cafe by SBU, beliau turut menyediakan pemanis mulut yang antaranya kek red velvet, pavlova dan yang kini menjadi bualan orang iaitu kek onde-onde yang menjadi pilihan ramai.
Menu-menu makanan di kafe butik itu akan sentiasa bertukar demi penambahbaikan bersesuaian dengan respon pelanggannya, kata Noor Inora lagi.
Justeru, pelanggan SBU kini bukan sahaja berpeluang membeli tudung keluarannya bahkan boleh datang makan ke kafenya yang terletak di aras yang sama butiknya beroperasi. -MalaysiaGazette