Lelaki maut dipukul, ditikam sebelum digilis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dilaporkan mati selepas dipukul sekumpulan empat lelaki berhampiran Taman Pelangi, Johor Bahru malam tadi.

Mangsa turut ditikam dan digilis oleh sebuah kereta yang dinaiki empat suspek berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Seri Pelangi.

Kejadian itu dirakam seorang individu dalam stesen minyak berkenaan sebelum tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit 23 saat itu turut menunjukkan mangsa berada dalam keadaan kritikal setelah digilis kereta suspek.

Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia.

Operasi mengesan kesemua suspek sedang dijalankan pasukan Polis Kontijen Daerah Johor Bahru Selatan. -MalaysiaGazette.

Comments are closed.