Kebanyakan tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikemukakan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melepasi proses semakan dan mula dibayar balik secara berperingkat sehingga akhir tahun, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri T.Subromaniam. 
Kerajaan akan menambah baik dari aspek kecekapan proses bayaran balik jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula,

KUALA LUMPUR – Sebanyak 487 kes pencatutan yang direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi tempoh 5 Januari hingga 5 Disember tahun ini.

Manakala 5,135 notis turut dikeluarkan terhadap peniaga di bawah Seksyen 21 Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong.

Tambah beliau, sebanyak 51 kes telah didakwa dan disabitkan bersalah kerana mengambil keuntungan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Sehingga kini, 51 kes telah didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah serta dijatuhkan hukuman dengan denda keseluruhan berjumlah RM904,000 manakala 83 kes dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM391,000.

“Kementerian memandang serius dan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas peniaga dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya mereka melakukan kesalahan mencatut di bawah undang-undang yang sedang dikuat kuasa,” katanya.

Terdahulu jawapan itu susulan soalan daripada Senator Megat Zulkarnain di Dewan Negara hari ini.- MalaysiaGazette