Home Seni Hidup KL YES Fest anjur akademi perniagaan, solekan percuma

KL YES Fest anjur akademi perniagaan, solekan percuma

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republic, Kimi Iskandar Ismail (kanan) bersama Pengasas Produk D' Herbs, Datuk Seri Alif Syukri memasukkan duit kertas pada mesin penyembur udara untuk diagihkan kepada para pengunjung pada Majlis Perasmian Mood Republic KL YES FEST 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Mood Republik KL Y.E.S Fest kali ke-97 kembali lagi.

Uniknya penganjuran Mood Republik yang bermula hari ini hingga 24 Disember ini bukan sahaja membariskan produk-produk usahawan muda dalam kalangan artis tempatan, malah turut menganjurkan akademi perniagaan iaitu Mood Republik Bussiness Academy (MRBA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kimi Iskandar Ismail berkata, akademi jangka masa pendek ini membolehkan ahli-ahli perniagaan terkenal berkongsi ilmu kepada usahawan tempatan baru dalam bidang ini.

“MRBA menjemput panel-panel yang terkenal untuk berkongsi ilmu perniagaan kepada pengunjung yang baru hendak berniaga ataupun yang dah lama berniaga secara percuma di mini hall 3,” katanya selepas perasmian Mood Republik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republic, Kimi Iskandar Ismail bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mood Republic KL YES FEST 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 DISEMBER 2017

Sepanjang penganjuran itu, Mood Republik turut menganjurkan tutorial solekan daripada penata rias muka dalam kalangan blogger-blogger terkenal seperti makeup by Bellaz, Alha Alfa dan seorang lagi Epie Temerloh.

Antara artis yang bakal memeriahkan festival yanh berlangsung dari 10 pagi hingga 12 tengah malam ini adalah Neelofa, Haniz Zalikha, Hairul Azreen, Datuk Aliff Syukri Datuk Seri Vida, Ziana Zain, Wawa Zainal dan Mawar Rashid.

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republic, Kimi Iskandar Ismail (dua kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Mood Republic, Yusri Ismail (tengah) bergambar bersama Pengasas Produk D’ Herbs, Datuk Seri Alif Syukri (dua kiri), Pengasas Produk Kosmetik, Nur Sajat (kanan) dan artis, Ifa Raziah pada Majlis Perasmian Mood Republic KL YES FEST 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 DISEMBER 2017

Turut serta, Rozita Che Wan, Uqasha Senrose, Memey Suhaiza dan Norman Hakim, Emma Maembong Nur Sajat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast