SEOUL – Korea Utara bersiap sedia melancarkan satelit ketika pemerhati luar memberi amaran program angkasa lepas rejim itu sebenarnya bagi melindungi ujian senjatanya.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan, pelbagai sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung ujian nuklear dan peluru berpandu dan dilarang melakukan serangan pelancaran menggunakan teknologi peluru berpandu balistik termasuk satelit.

“Menerusi pelbagai saluran, kami baru-baru ini menyedari Korea Utara sudah melengkapkan satelit baru dan menamakan ia Kwangmyongsong-5.

“Rancangan mereka adalah meletakkan satelit dilengkapi kamera dan peranti telekomunikasi di orbit,” menurut laporan akhbar Joongang Ilbo, memetik sumber kerajaan Korea Selatan.

Pyongyang melancarkan satelit Kwangmyongsong-4 pada Februari 2016, yang dilihat masyarakat antarabangsa sebagai ujian peluru berpandu balistik.

Jurucakap Ketua Turus Staf tentera Korea Selatan berkata, ‘tiada yang luar biasa setakat ini’ tetapi menambah Seoul memerhati sebagai tindakan provokatif termasuk ujian peluru berpandu jarak jauh yang disembunyikan dengan pelancaran satelit. – MalaysiaGazette