Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah perdagangan pada bulan November 2017 bernilai RM157.1 bilion, meningkat RM20.2 bilion atau 14.8% berasaskan tahun ke tahun.

Ia juga mencatatkan pertumbuhan sebanyak RM2.9 bilion atau 1.9% berasaskan bulan ke bulan, kata Jabatan Perangkaan.

Lebihan dagangan sebanyak RM9.9 bilion dicatatkan pada November 2017, meningkat RM835.3 juta (+9.2%) daripada RM9.1 bilion yang dicatatkan setahun lalu.

Walau bagaimanapun, berbanding bulan sebelumnya, ia mencatatkan penurunan sebanyak RM493.0 juta atau 4.7%.

Berasaskan tahun ke tahun, eksport meningkat 14.4% daripada RM73.0 bilion.

Produk-produk utama yang menyumbang kepada kenaikan ini adalah barangan elektrik dan elektronik meningkat kepada RM31.7 bilion, gas asli cecair RM3.5 bilion, kayu dan hasil keluaran kayu RM2.1 bilion, minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit RM6.8 bilion.

Walau bagaimanapun, eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini jatuh RM83.7 juta atau 2.1% disebabkan oleh pengurangan dalam kedua-dua nilai purata seunit (-1.9%).

Keluaran petroleum bertapis yang menyumbang kepada RM4.4 bilion.

Walau bagaimanapun, produk-produk berikut mencatatkan penurunan ialah petroleum mentah turun RM77.7 juta kepada RM2.4 bilion berikutan penurunan 23.8% dalam volum eksport dan getah asli susut sebanyak RM18.8 juta kepada RM313.3 juta.

Berasaskan bulan ke bulan, eksport meningkat RM1.2 bilion daripada RM82.3 bilion disokong oleh produk-produk barangan elektrik dan elektronik, gas asli cecair naik kepada RM548 serta kayu dan hasil keluaran kayu meningkat RM93.5 juta.

Namun, keluaran petroleum bertapis menurun RM486.5, petroleum mentah merosot RM421.2 juta, minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit jatuh RM184.2 juta dan getah asli susut RM10.7 juta.

Berdasarkan terma pelarasan musim bulan ke bulan, eksport naik RM2.2 bilion (+2.8%) kepada RM81.2 bilion.

Dalam pada itu, berasaskan tahun ke tahun, import meningkat 15.2 % daripada RM63.9 bilion disebabkan oleh kenaikan import barangan perantaraan, barangan modal dan barangan penggunaan. – MalaysiaGazette